وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِّزْرَ اُخْرٰى ۗوَاِنْ تَدْعُ مُثْقَلَةٌ اِلٰى حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَيْءٌ وَّلَوْ كَانَ ذَا قُرْبٰىۗ اِنَّمَا تُنْذِرُ الَّذِيْنَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَاَقَامُوا الصَّلٰوةَ ۗوَمَنْ تَزَكّٰى فَاِنَّمَا يَتَزَكّٰى لِنَفْسِهٖ ۗوَاِلَى اللّٰهِ الْمَصِيْرُ 18
Seseorang yang berdosa tidak akan menanggung dosa orang lain. Dan jika seseorang yang dibebani oleh berat dosanya memanggil orang lain untuk tolong menanggungnya, pasti bebanan itu tidak akan dipindahkan daripadanya sedikit pun walaupun kepada kaum kerabatnya sendiri. Sesungguhnya kamu hanya dapat memberi amaran kepada orang yang takut kepada Tuhan, sekalipun mereka tidak melihat-Nya dan mereka mendirikan solat. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya daripada sebarang maksiat, maka sesungguhnya ia adalah untuk kebaikan dirinya sendiri, dan kepada Allah sahaja tempat kembali.