ثُمَّ اَوْرَثْنَا الْكِتٰبَ الَّذِيْنَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَاۚ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهٖ ۚوَمِنْهُمْ مُّقْتَصِدٌ ۚوَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِالْخَيْرٰتِ بِاِذْنِ اللّٰهِ ۗذٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيْرُۗ 32
Kemudian Kami mewariskan Kitab al-Quran itu kepada orang yang Kami pilih dalam kalangan hamba-hamba Kami. Antara mereka ada yang menzalimi dirinya sendiri; dan ada pula yang sederhana, serta ada yang sentiasa mendahului dalam melakukan kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah kurniaan yang besar daripada Allah.