Tafsir Surah

35Fatir - فاطر

Ayat ke-37

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَهُمْ يَصْطَرِخُوْنَ فِيْهَاۚ رَبَّنَآ اَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِيْ كُنَّا نَعْمَلُۗ اَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَّا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاۤءَكُمُ النَّذِيْرُۗ فَذُوْقُوْا فَمَا لِلظّٰلِمِيْنَ مِنْ نَّصِيْرٍ 37

Mereka bersunguh-sungguh menjerit di dalam neraka itu dengan berkata, “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami! Kami pasti akan mengerjakan amalan soleh dan bukannya amalan yang telah kami lakukan dahulu.” Lalu dikatakan kepada mereka, “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu ke suatu masa yang cukup bagi orang yang mahu beringat? Apatah lagi kamu juga telah didatangi oleh rasul yang memberi peringatan! Maka rasakanlah azab itu, kerana orang yang zalim tidak akan mendapat sebarang penolong pun.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)