Tafsir Surah

35Fatir - فاطر

Ayat ke-43

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

ۨاسْتِكْبَارًا فِى الْاَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِۗ وَلَا يَحِيْقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ اِلَّا بِاَهْلِهٖ ۗفَهَلْ يَنْظُرُوْنَ اِلَّا سُنَّتَ الْاَوَّلِيْنَۚ فَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّتِ اللّٰهِ تَبْدِيْلًا ەۚ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّتِ اللّٰهِ تَحْوِيْلًا43

Sumpah mereka itu bukan terhasil daripada niat yang suci, bahkan terhasil daripada kesombongan mereka di muka bumi dan juga perancangan jahat mereka terhadap rasul, sedangkan kesan tipu daya itu hanya akan menimpa pihak yang merancangnya sahaja. Maka, tiada perkara yang mereka tunggu selain daripada kebinasaan sebagaimana yang telah menimpa orang kafir yang terdahulu; kerana kamu tidak akan sekali-kali mendapati sebarang perubahan dalam ketentuan dan peraturan Allah, dan kamu juga tidak sekali-kali akan mendapati sebarang peralihan pada ketentuan dan peraturan itu.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)