اِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمٰنَ بِالْغَيْبِۚ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَّاَجْرٍ كَرِيْمٍ 11
Sesungguhnya peringatanmu itu hanya berkesan kepada orang yang mengikut al-Quran dan takut kepada Allah yang Maha Penyayang walaupun tidak melihat-Nya. Oleh itu, sampaikanlah kepadanya berita gembira berupa keampunan dan ganjaran yang mulia.