وَاِذَا قِيْلَ لَهُمْ اَنْفِقُوْا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّٰهُ ۙقَالَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اَنُطْعِمُ مَنْ لَّوْ يَشَاۤءُ اللّٰهُ اَطْعَمَهٗٓ ۖاِنْ اَنْتُمْ اِلَّا فِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍ47
Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Dermakanlah sebahagian daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada kamu,” berkatalah orang yang kafir itu kepada orang yang beriman secara mempersenda, “Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Kamu ini sebenarnya berada dalam kesesatan yang nyata.”