فَاسْتَفْتِهِمْ اَهُمْ اَشَدُّ خَلْقًا اَمْ مَّنْ خَلَقْنَا ۗاِنَّا خَلَقْنٰهُمْ مِّنْ طِيْنٍ لَّازِبٍ 11
Maka tanyakanlah wahai Muhammad kepada mereka yang mengingkari kehidupan selepas mati, “Adakah diri mereka lebih sukar untuk diciptakan, atau makhluk lain yang Kami telah ciptakan seperti langit, bumi dan malaikat?” Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia itu daripada tanah liat yang kuat melekat.