قُلْ يٰعِبَادِ الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوْا رَبَّكُمْ ۗلِلَّذِيْنَ اَحْسَنُوْا فِيْ هٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗوَاَرْضُ اللّٰهِ وَاسِعَةٌ ۗاِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُوْنَ اَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ 10
Katakanlah wahai Muhammad, “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu.” Mereka yang melakukan kebaikan di dunia ini akan mendapat balasan baik. Dan ingatlah bumi Allah ini luas untuk kamu berhijrah padanya. Sesungguhnya orang yang bersabar akan disempurnakan pahala mereka tanpa ada batasannya.