اَفَمَنْ شَرَحَ اللّٰهُ صَدْرَهٗ لِلْاِسْلَامِ فَهُوَ عَلٰى نُوْرٍ مِّنْ رَّبِّهٖ ۗفَوَيْلٌ لِّلْقٰسِيَةِ قُلُوْبُهُمْ مِّنْ ذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اُولٰۤىِٕكَ فِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍ22
Jika demikian, adakah orang yang Allah telah lapangkan dadanya untuk menerima Islam, lalu dia berada dalam cahaya hidayah daripada Tuhannya, sama dengan orang yang tertutup mata hatinya? Maka alangkah celakanya orang yang keras hatinya daripada menerima peringatan yang diberikan Allah; mereka itu berada dalam kesesatan yang amat nyata.