Tafsir Surah

39Az-Zumar - الزمر

Ayat ke-29

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

ضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلًا رَّجُلًا فِيْهِ شُرَكَاۤءُ مُتَشَاكِسُوْنَ وَرَجُلًا سَلَمًا لِّرَجُلٍ هَلْ يَسْتَوِيٰنِ مَثَلًا ۗ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ ۗبَلْ اَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُوْنَ29

Allah memberikan satu perumpamaan; seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang bertentangan tabiat dan kemahuannya, lalu dia menjadi bercelaru dalam memenuhi kemahuan tuan-tuannya; dan seorang hamba lelaki yang lain, yang hanya dimiliki oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya? Tentulah tidak sama! Ucapkanlah, “Segala puji bagi Allah” atas penjelasan ini, namun kebanyakan mereka yang musyrik tidak mengetahui hakikat perkara ini.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)