وَاِذَا مَسَّ الْاِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهٗ مُنِيْبًا اِلَيْهِ ثُمَّ اِذَا خَوَّلَهٗ نِعْمَةً مِّنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُوْٓا اِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ وَجَعَلَ لِلّٰهِ اَنْدَادًا لِّيُضِلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ ۗ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيْلًا ۖاِنَّكَ مِنْ اَصْحٰبِ النَّارِ8
Apabila manusia ditimpa sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bertaubat kepada-Nya. Kemudian apabila Allah mengubah keadaannya dengan mengurniakannya sesuatu nikmat, dia terus lupa segala bahaya yang menjadikannya berdoa kepada Allah sebelum itu. Malahan dia menjadikan pula sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan dirinya dan orang lain daripada jalan Allah. Katakanlah kepadanya, “Bersenang-lenanglah engkau dengan kekufuranmu itu untuk seketika, sesungguhnya engkau termasuk daripada penghuni neraka.”