اِنَّآ اَنْزَلْنَآ اِلَيْكَ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَآ اَرٰىكَ اللّٰهُ ۗوَلَا تَكُنْ لِّلْخَاۤىِٕنِيْنَ خَصِيْمًا ۙ105
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu wahai Muhammad Kitab al-Quran dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum antara manusia menurut apa yang telah Allah tunjukkan kepadamu melalui wahyu-Nya; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi golongan yang khianat.