Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-11

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يُوْصِيْكُمُ اللّٰهُ فِيْٓ اَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْاُنْثَيَيْنِ ۚ فَاِنْ كُنَّ نِسَاۤءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۚ وَاِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ ۗ وَلِاَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ اِنْ كَانَ لَهٗ وَلَدٌ ۚ فَاِنْ لَّمْ يَكُنْ لَّهٗ وَلَدٌ وَّوَرِثَهٗٓ اَبَوٰهُ فَلِاُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ فَاِنْ كَانَ لَهٗٓ اِخْوَةٌ فَلِاُمِّهِ السُّدُسُ مِنْۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُّوْصِيْ بِهَآ اَوْ دَيْنٍ ۗ اٰبَاۤؤُكُمْ وَاَبْنَاۤؤُكُمْۚ لَا تَدْرُوْنَ اَيُّهُمْ اَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۗ فَرِيْضَةً مِّنَ اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيْمًا حَكِيْمًا11

Al lah memerintahkan kamu dalam hal pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika si mati hanya meninggalkan dua anak perempuan atau pun lebih, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan. Dan jika anak perempuan itu hanya seorang sahaja, maka bahagiannya ialah separuh daripada harta itu. Dan bagi ibu bapa si mati, tiap-tiap seorang daripada keduanya mendapat satu perenam daripada harta yang ditinggalkan si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang adik beradik, maka bahagian ibunya ialah satu perenam. Pembahagian itu hanya dilaksanakan setelah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan si mati, dan juga setelah dibayarkan hutang piutangnya. Pembahagian yang disyariatkan Allah ini adalah kerana dalam kalangan ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu di dunia dan akhirat. lngatlah bahawa pembahagian ini adalah ketetapan daripada Allah, dan sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana dalam menetapkan hukum-hakam-Nya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)