Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-12

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ اَزْوَاجُكُمْ اِنْ لَّمْ يَكُنْ لَّهُنَّ وَلَدٌ ۚ فَاِنْ كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ مِنْۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُّوْصِيْنَ بِهَآ اَوْ دَيْنٍ ۗ وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ اِنْ لَّمْ يَكُنْ لَّكُمْ وَلَدٌ ۚ فَاِنْ كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُمْ مِّنْۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوْصُوْنَ بِهَآ اَوْ دَيْنٍ ۗ وَاِنْ كَانَ رَجُلٌ يُّوْرَثُ كَلٰلَةً اَوِ امْرَاَةٌ وَّلَهٗٓ اَخٌ اَوْ اُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُۚ فَاِنْ كَانُوْٓا اَكْثَرَ مِنْ ذٰلِكَ فَهُمْ شُرَكَاۤءُ فِى الثُّلُثِ مِنْۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُّوْصٰى بِهَآ اَوْ دَيْنٍۙ غَيْرَ مُضَاۤرٍّ ۚ وَصِيَّةً مِّنَ اللّٰهِ ۗ وَاللّٰهُ عَلِيْمٌ حَلِيْمٌۗ 12

Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka tinggalkan setelah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan juga setelah dibayarkan hutang mereka. Dan bagi para isteri pula satu perempat daripada harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi jika kamu mempunyai anak maka bahagian para isteri itu ialah satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan setelah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan juga setelah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati itu, ialah seorang lelaki atau seorang perempuan yang tidak meninggalkan anak dan tidak juga mempunyai bapa yang hidup, namun dia meninggalkan seorang adikberadik lelaki seibu atau adik-beradik perempuan seibu, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya ialah satu perenam. Kalau pula adik-beradik seibu itu lebih daripada seorang, maka mereka berkongsi satu pertiga daripada harta yang ditinggalkan dengan sama rata. Pembahagian ini dilaksanakan setelah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan si mati, dan juga setelah dibayarkan hutang-piutangnya dan hendaklah wasiat yang ditinggalkan si mati itu tidak mendatangkan mudarat kepada para waris. lngatlah bahawa pembahagian ini ialah satu ketetapan daripada Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)