وَيَسْتَفْتُوْنَكَ فِى النِّسَاۤءِۗ قُلِ اللّٰهُ يُفْتِيْكُمْ فِيْهِنَّ ۙوَمَا يُتْلٰى عَلَيْكُمْ فِى الْكِتٰبِ فِيْ يَتٰمَى النِّسَاۤءِ الّٰتِيْ لَا تُؤْتُوْنَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُوْنَ اَنْ تَنْكِحُوْهُنَّ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ مِنَ الْوِلْدَانِۙ وَاَنْ تَقُوْمُوْا لِلْيَتٰمٰى بِالْقِسْطِ ۗوَمَا تَفْعَلُوْا مِنْ خَيْرٍ فَاِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِهٖ عَلِيْمًا 127
Dan mereka meminta fatwa kepadamu wahai Muhammad mengenai persoalan kaum wanita. Katakanlah, “Allah yang memberi fatwa kepada kamu tentang mereka. Dan Allah juga menjelaskan apa yang dibacakan kepada kamu dalam Kitab al-Quran mengenai perempuan yatim di bawah jagaan kamu yang tidak diberikan mas kahwin seperti yang telah ditetapkan Allah untuk mereka, sedangkan kamu ingin mengahwini mereka; dan perihal hak anak-anak kecil yang lemah; dan hendaklah juga kamu berlaku adil terhadap anak-anak yatim dalam segala urusan mereka. Dan ingatlah apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah amat mengetahuinya.”