وَاِنِ امْرَاَةٌ خَافَتْ مِنْۢ بَعْلِهَا نُشُوْزًا اَوْ اِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَآ اَنْ يُّصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۗوَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗوَاُحْضِرَتِ الْاَنْفُسُ الشُّحَّۗ وَاِنْ تُحْسِنُوْا وَتَتَّقُوْا فَاِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرًا 128
Dan jika seorang perempuan bimbang akan mendapat layanan buruk daripada suaminya atau suaminya itu tidak melayaninya langsung, maka tidaklah menjadi kesalahan bagi mereka berdua mengadakan satu perdamaian antara keduanya, dan ketahuilah bahawa perdamaian itu adalah lebih baik daripada bercerai-berai. Walaupun tabiat semula jadi manusia yang tidak suka memberi dan bertolak ansur, namun jika kamu tetap berbuat baik dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu lakukan.