Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-135

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُوْنُوْا قَوَّامِيْنَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاۤءَ لِلّٰهِ وَلَوْ عَلٰٓى اَنْفُسِكُمْ اَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْاَقْرَبِيْنَ ۚ اِنْ يَّكُنْ غَنِيًّا اَوْ فَقِيْرًا فَاللّٰهُ اَوْلٰى بِهِمَاۗ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوٰٓى اَنْ تَعْدِلُوْا ۚ وَاِنْ تَلْوٗٓا اَوْ تُعْرِضُوْا فَاِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرًا 135

Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu para penegak keadilan dan para saksi yang benar kerana Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri; atau terhadap dua ibu bapa dan kaum kerabat. Janganlah kamu berasa terbeban untuk menegakkan keadilan sekiranya yang tertuduh itu kaya atau miskin kerana Allah lebih mengetahui perihal kedua-duanya. Oleh itu, janganlah kamu mengikut keinginan hati untuk tidak berlaku adil. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan atau enggan memberi keterangan yang benar, maka ketahuilah sesungguhnya Allah amat mengetahui segala apa yang kamu lakukan.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)