وَمَنْ يَّعْصِ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ وَيَتَعَدَّ حُدُوْدَهٗ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيْهَاۖ وَلَهٗ عَذَابٌ مُّهِيْنٌ ࣖ14
Manakala sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya serta melanggar batasan syariat-Nya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, di mana dia kekal di dalamnya dengan azab yang menghinakan.