Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-141

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

ۨالَّذِيْنَ يَتَرَبَّصُوْنَ بِكُمْۗ فَاِنْ كَانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِّنَ اللّٰهِ قَالُوْٓا اَلَمْ نَكُنْ مَّعَكُمْ ۖ وَاِنْ كَانَ لِلْكٰفِرِيْنَ نَصِيْبٌ قَالُوْٓا اَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ وَنَمْنَعْكُمْ مِّنَ الْمُؤْمِنِيْنَ ۗ فَاللّٰهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۗ وَلَنْ يَّجْعَلَ اللّٰهُ لِلْكٰفِرِيْنَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ سَبِيْلًا ࣖ141

Merekalah golongan munafik yang sentiasa menunggu-nunggu peristiwa yang akan berlaku kepada kamu. Sekiranya kamu mendapat kemenangan daripada Allah, mereka berkata, “Bukankah kami telah berjuang bersama kamu?” Dan jika orang kafir pula mendapat habuan kemenangan, mereka berkata, “Bukankah kami turut membantu kamu mendapatkan kemenangan dan mempertahankan kamu daripada orang yang beriman?” Ketahuilah bahawa Allah akan mengadili antara kamu pada hari kiamat kelak, dan Allah sama sekali tidak akan memberi jalan kepada golongan kafir untuk menguasai orang yang beriman.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)