اِنَّ الْمُنٰفِقِيْنَ يُخٰدِعُوْنَ اللّٰهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْۚ وَاِذَا قَامُوْٓا اِلَى الصَّلٰوةِ قَامُوْا كُسَالٰىۙ يُرَاۤءُوْنَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُوْنَ اللّٰهَ اِلَّا قَلِيْلًاۖ 142
Sesungguhnya golongan munafik menipu Allah, dan Allah membalas penipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri menunaikan solat, mereka berdiri dengan malas, solat mereka hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia; dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sahaja.