يَسْـَٔلُكَ اَهْلُ الْكِتٰبِ اَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتٰبًا مِّنَ السَّمَاۤءِ فَقَدْ سَاَلُوْا مُوْسٰٓى اَكْبَرَ مِنْ ذٰلِكَ فَقَالُوْٓا اَرِنَا اللّٰهَ جَهْرَةً فَاَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْۚ ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَتْهُمُ الْبَيِّنٰتُ فَعَفَوْنَا عَنْ ذٰلِكَ ۚ وَاٰتَيْنَا مُوْسٰى سُلْطٰنًا مُّبِيْنًا153
Wahai Muhammad! ahli kitab Yahudi memintamu agar menurunkan ke atas mereka sebuah kitab dari langit. Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa perkara yang lebih dahsyat daripada itu, lalu mereka berkata, “Perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata.” Justeru, mereka telah disambar petir akibat kezaliman tersebut. Kemudian mereka menyembah patung berupa anak lembu walaupun setelah melihat bukti-bukti yang nyata, namun Kami maafkan mereka. Dan Kami kurniakan kepada Musa hujah yang nyata.