وَرَفَعْنَا فَوْقَهُمُ الطُّوْرَ بِمِيْثَاقِهِمْ وَقُلْنَا لَهُمُ ادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَّقُلْنَا لَهُمْ لَا تَعْدُوْا فِى السَّبْتِ وَاَخَذْنَا مِنْهُمْ مِّيْثَاقًا غَلِيْظًا154
Lalu Kami telah mengangkat Bukit Tursina ke atas mereka sebagai ancaman, lantaran keingkaran mereka menunaikan ikatan janji. Dan Kami perintahkan mereka, “Masuklah kamu ke Baitul Maqdis dalam keadaan menundukkan diri seperti sujud, serta Kami melarang mereka, “Janganlah kamu melanggar larangan berburu pada hari Sabtu.” Dan Kami telah mengikat janji setia yang kukuh dengan mereka.