Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-171

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَهْلَ الْكِتٰبِ لَا تَغْلُوْا فِيْ دِيْنِكُمْ وَلَا تَقُوْلُوْا عَلَى اللّٰهِ اِلَّا الْحَقَّۗ اِنَّمَا الْمَسِيْحُ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُوْلُ اللّٰهِ وَكَلِمَتُهٗ ۚ اَلْقٰهَآ اِلٰى مَرْيَمَ وَرُوْحٌ مِّنْهُ ۖفَاٰمِنُوْا بِاللّٰهِ وَرُسُلِهٖۗ وَلَا تَقُوْلُوْا ثَلٰثَةٌ ۗاِنْتَهُوْا خَيْرًا لَّكُمْ ۗ اِنَّمَا اللّٰهُ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ ۗ سُبْحٰنَهٗٓ اَنْ يَّكُوْنَ لَهٗ وَلَدٌ ۘ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۗ وَكَفٰى بِاللّٰهِ وَكِيْلًا ࣖ 171

Wahai ahli kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu atas nama Allah kecuali yang pasti benar. Sesungguhnya al-Masih Isa lbn Maryam ialah utusan Allah dan daripada kalimah perintah ciptaan-Nya, yang disampaikan kepada Maryam, dan dengan tiupan roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengatakan Tuhan itu tiga. Berhentilah daripada ucapan yang demikian, kerana itu lebih baik bagi kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Dia daripada mempunyai anak. Milik Allah segala yang ada di langit dan bumi, dan cukuplah Allah sebagai Pelindung apa yang ada di langit dan bumi.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)