Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-18

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ السَّيِّاٰتِۚ حَتّٰىٓ اِذَا حَضَرَ اَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ اِنِّيْ تُبْتُ الْـٰٔنَ وَلَا الَّذِيْنَ يَمُوْتُوْنَ وَهُمْ كُفَّارٌ ۗ اُولٰۤىِٕكَ اَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا اَلِيْمًا 18

Dan taubat itu tidak berguna bagi mereka yang terus menerus mengerjakan kejahatan sehingga sampai masa maut menjemput salah seorang daripada mereka, lalu dia pun berkata, “Sesungguhnya kini aku bertaubat daripada segala maksiat,” namun masanya telah terlambat. Dan tidak juga diterima taubat orang yang mati dalam keadaan kafir. Bagi kedua-dua golongan ini, Kami sediakan azab yang amat pedih.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)