Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-19

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَحِلُّ لَكُمْ اَنْ تَرِثُوا النِّسَاۤءَ كَرْهًا ۗ وَلَا تَعْضُلُوْهُنَّ لِتَذْهَبُوْا بِبَعْضِ مَآ اٰتَيْتُمُوْهُنَّ اِلَّآ اَنْ يَّأْتِيْنَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ ۚ وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ ۚ فَاِنْ كَرِهْتُمُوْهُنَّ فَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّيَجْعَلَ اللّٰهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْرًا 19

Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu untuk mewans1 perempuan yang kematian suaminya dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti isteri kamu dengan menahan dan menyusahkan mereka kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian daripada mas kahwin yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali sekiranya mereka melakukan perbuatan keji yang nyata seperti zina. Dan hendaklah kamu bergaul dengan isteri-isterimu dengan cara yang baik. Jika kamu berasa benci kepada mereka, maka bersabarlah dan jangan kamu terburu-buru menceraikan mereka, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah jadikan padanya kebaikan yang banyak.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)