Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-24

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ وَالْمُحْصَنٰتُ مِنَ النِّسَاۤءِ اِلَّا مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُكُمْ ۚ كِتٰبَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ ۚ وَاُحِلَّ لَكُمْ مَّا وَرَاۤءَ ذٰلِكُمْ اَنْ تَبْتَغُوْا بِاَمْوَالِكُمْ مُّحْصِنِيْنَ غَيْرَ مُسَافِحِيْنَ ۗ فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهٖ مِنْهُنَّ فَاٰتُوْهُنَّ اُجُوْرَهُنَّ فَرِيْضَةً ۗوَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيْمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهٖ مِنْۢ بَعْدِ الْفَرِيْضَةِۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيْمًا حَكِيْمًا24

Dan diharamkan juga kamu berkahwin dengan perempuan yang bersuami, kecuali hamba perempuan yang kamu miliki melalui tawanan perang. lnilah ketetapan Allah ke atas kamu. Dan dihalalkan kepada kamu perempuanperempuan selain daripada mereka yang tersebut untuk kamu jadikan isteri dengan menggunakan harta kamu sebagai mas kahwin. Kamu jadikan mereka pasangan kamu dengan bernikah, bukan dengan berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati hubungan kelamin dengannya setelah berkahwin, maka berikan kepada mereka mas kahwin sebagai bayaran yang diwajibkan ke atas kamu dan tidak menjadi apa-apa kesalahan ke atas kamu mengenai sesuatu persetujuan antara kamu suami dan isteri tentang kadar bayaran mas kahwin itu sama ada mengurangkannya atau menambahkannya setelah ia ditetapkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana dalam menetapkan hukum-Nya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)