Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-34

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ اللّٰهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَّبِمَآ اَنْفَقُوْا مِنْ اَمْوَالِهِمْ ۗ فَالصّٰلِحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّٰهُ ۗوَالّٰتِيْ تَخَافُوْنَ نُشُوْزَهُنَّ فَعِظُوْهُنَّ وَاهْجُرُوْهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوْهُنَّ ۚ فَاِنْ اَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوْا عَلَيْهِنَّ سَبِيْلًا ۗاِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا 34

Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pelindung kepada kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan lelaki dengan beberapa keistimewaan melebihi perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Para wanita yang solehah itu ialah mereka yang taat kepada Allah dan suaminya, dan mereka yang memelihara kehormatan diri ketika ketiadaan suami kerana Allah memelihara mereka. Manakala perempuan yang kamu bimbang penderhakaan mereka terhadap suami, maka hendaklah kamu menasihati mereka. Jika mereka masih berdegil, maka pulaukan mereka di tempat tidur. Jika mereka masih juga berdegil, maka pukullah mereka dengan pukulan yang ringan. Kemudian jika mereka kembali taat kepada kamu, maka janganlah kamu sengaja mencari jalan untuk menyusahkan mereka lagi. lngatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)