Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-43

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَقْرَبُوا الصَّلٰوةَ وَاَنْتُمْ سُكَارٰى حَتّٰى تَعْلَمُوْا مَا تَقُوْلُوْنَ وَلَا جُنُبًا اِلَّا عَابِرِيْ سَبِيْلٍ حَتّٰى تَغْتَسِلُوْا ۗوَاِنْ كُنْتُمْ مَّرْضٰٓى اَوْ عَلٰى سَفَرٍ اَوْ جَاۤءَ اَحَدٌ مِّنْكُمْ مِّنَ الْغَاۤىِٕطِ اَوْ لٰمَسْتُمُ النِّسَاۤءَ فَلَمْ تَجِدُوْا مَاۤءً فَتَيَمَّمُوْا صَعِيْدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوْا بِوُجُوْهِكُمْ وَاَيْدِيْكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُوْرًا43

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan solat dalam keadaan mabuk, sehingga kamu sedar apa yang kamu sedang katakan. Dan janganlah juga kamu bersolat dan memasuki masjid dalam keadaan berhadas besar kecuali sekadar melintas sahaja sehinggalah kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang bermusafir, atau salah seorang antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuhan dengan perempuan, namun kemudian kamu tidak mendapati air untuk berwuduk, maka hendaklah kamu bertayammum dengan debu tanah yang bersih lagi suci. Sapukanlah ke muka dan kedua tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)