وَلَوْ اَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ اَنِ اقْتُلُوْٓا اَنْفُسَكُمْ اَوِ اخْرُجُوْا مِنْ دِيَارِكُمْ مَّا فَعَلُوْهُ اِلَّا قَلِيْلٌ مِّنْهُمْ ۗوَلَوْ اَنَّهُمْ فَعَلُوْا مَا يُوْعَظُوْنَ بِهٖ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَاَشَدَّ تَثْبِيْتًاۙ66
Dan jika Kami mewajibkan ke atas mereka dengan perintah, “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah daripada tempat kediaman kamu,” nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali hanya sedikit sahaja antara mereka. Dan kalaulah mereka laksanakan setiap perintah yang diberikan, tentulah ia adalah lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan iman mereka.