Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-76

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا يُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۚ وَالَّذِيْنَ كَفَرُوْا يُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ الطَّاغُوْتِ فَقَاتِلُوْٓا اَوْلِيَاۤءَ الشَّيْطٰنِ ۚ اِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيْفًا ۚ ࣖ 76

Orang beriman, mereka berperang di jalan Allah, manakala orang kafir berperang di jalan taghut. Maka, perangilah pengikutpengikut syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. n. Tidakkah engkau perhatikan dan berasa hairan terhadap orang yang dikatakan kepada mereka, “Tahanlah tangan kamu daripada melancarkan perang yang belum diizinkan, dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat.” Tetapi apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba segolongan daripada mereka berasa takut kepada manusia sama seperti mereka berasa takut kepada Allah atau lebih takut lagi daripada itu. L.antas mereka berkata, “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang pada saat ini, mengapa tidak Engkau tangguhkan kewajiban berperang kepada kami beberapa waktu lagi?” Katakanlah, “Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini hanya sedikit sahaja dan kehidupan akhirat itu adalah lebih baik lagi bagi orang yang bertakwa dan di sana kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)