Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-78

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَيْنَمَا تَكُوْنُوْا يُدْرِكْكُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِيْ بُرُوْجٍ مُّشَيَّدَةٍ ۗ وَاِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَّقُوْلُوْا هٰذِهٖ مِنْ عِنْدِ اللّٰهِ ۚ وَاِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَّقُوْلُوْا هٰذِهٖ مِنْ عِنْدِكَ ۗ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِنْدِ اللّٰهِ ۗ فَمَالِ هٰٓؤُلَاۤءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُوْنَ يَفْقَهُوْنَ حَدِيْثًا 78

Di mana sahaja kamu berada, maut tetap akan mendapatkan kamu walaupun kamu berada di dalam kubu yang tinggi lagi kukuh. Dan jika golongan munafik itu memperoleh kebaikan mereka berkata, “lni adalah anugerah istimewa daripada Allah.” Dan jika mereka ditimpa keburukan mereka berkata pula, “lni berpunca daripada perbuatan engkau Muhammad.” Katakanlah, “Semua kebaikan dan keburukan itu datangnya adalah daripada Allah.” Maka apakah yang menyebabkan orang munafik itu hampirhampir tidak memahami sebarang nasihat dan pengajaran yang kamu sampaikan?

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)