مَآ اَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّٰهِ ۖ وَمَآ اَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَّفْسِكَ ۗ وَاَرْسَلْنٰكَ لِلنَّاسِ رَسُوْلًا ۗ وَكَفٰى بِاللّٰهِ شَهِيْدًا 79
Apa jua kebaikan yang engkau peroleh maka ia adalah daripada Allah, dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia disebabkan kesalahan kamu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau wahai Muhammad kepada seluruh umat manusia sebagai seorang rasul yang menyampaikan ajaran Allah. Dan cukuplah Allah sendiri menjadi saksi.