۞ فَمَا لَكُمْ فِى الْمُنٰفِقِيْنَ فِئَتَيْنِ وَاللّٰهُ اَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوْا ۗ اَتُرِيْدُوْنَ اَنْ تَهْدُوْا مَنْ اَضَلَّ اللّٰهُ ۗوَمَنْ يُّضْلِلِ اللّٰهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهٗ سَبِيْلًا 88
Apakah yang menyebabkan kamu berpecah menjadi dua golongan ketika menghadapi kaum munafik itu? Sedangkan Allah telah menjerumuskan mereka dalam kekufuran disebabkan apa yang telah mereka telah usahakan. Adakah kamu pula hendak memberi hidayah kepada golongan yang telah disesatkan Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan Allah, maka engkau sekali-kali tidak akan dapat jalan untuk menyelamatkannya.