وَلْيَخْشَ الَّذِيْنَ لَوْ تَرَكُوْا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعٰفًا خَافُوْا عَلَيْهِمْۖ فَلْيَتَّقُوا اللّٰهَ وَلْيَقُوْلُوْا قَوْلًا سَدِيْدًا9
Hendaklah orang yang menjaga anak yatim menaruh kebimbangan andainya mereka sendiri mati dan meninggalkan anak yatim yang lemah di belakang mereka, tentulah mereka juga berasa bimbang terhadap anak itu. Oleh itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.