Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-90

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِلَّا الَّذِيْنَ يَصِلُوْنَ اِلٰى قَوْمٍۢ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِّيْثَاقٌ اَوْ جَاۤءُوْكُمْ حَصِرَتْ صُدُوْرُهُمْ اَنْ يُّقَاتِلُوْكُمْ اَوْ يُقَاتِلُوْا قَوْمَهُمْ ۗ وَلَوْ شَاۤءَ اللّٰهُ لَسَلَّطَهُمْ عَلَيْكُمْ فَلَقَاتَلُوْكُمْ ۚ فَاِنِ اعْتَزَلُوْكُمْ فَلَمْ يُقَاتِلُوْكُمْ وَاَلْقَوْا اِلَيْكُمُ السَّلَمَ ۙ فَمَا جَعَلَ اللّٰهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ سَبِيْلًا 90

Kecuali golongan yang pergi meminta perlindungan pada suatu kaum yang ada perjanjian damai antara kamu dengan mereka; atau orang yang datang kepada kamu dengan hati yang amat berat untuk memerangi kamu atau memerangi kaum mereka sendiri. Ketahuilah seandainya Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan mereka berkuasa untuk melawan kamu, lalu pastilah mereka memerangimu. Sebaliknya, jika mereka membiarkanmu bebas dan tidak memerangimu serta menghulur perdamaian kepadamu, maka ketahuilah bahawa Allah tidak memberi sebarang jalan kepada kamu untuk memerangi mereka.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)