Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-91

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

سَتَجِدُوْنَ اٰخَرِيْنَ يُرِيْدُوْنَ اَنْ يَّأْمَنُوْكُمْ وَيَأْمَنُوْا قَوْمَهُمْ ۗ كُلَّ مَا رُدُّوْٓا اِلَى الْفِتْنَةِ اُرْكِسُوْا فِيْهَا ۚ فَاِنْ لَّمْ يَعْتَزِلُوْكُمْ وَيُلْقُوْٓا اِلَيْكُمُ السَّلَمَ وَيَكُفُّوْٓا اَيْدِيَهُمْ فَخُذُوْهُمْ وَاقْتُلُوْهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوْهُمْ ۗ وَاُولٰۤىِٕكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ عَلَيْهِمْ سُلْطٰنًا مُّبِيْنًا ࣖ 91

Kelak kamu akan mendapati satu golongan lain yang berpura-pura Islam kerana mahu mendapatkan keamanan daripada kamu dan menzahirkan kekufurannya bagi mendapatkan keamanan daripada kaum mereka. Setiap kali mereka diajak kembali kepada fitnah, mereka terus menjerumuskan diri ke dalamnya. Maka jika mereka tidak membiarkan kamu bebas, dan tidak menghulurkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan mereka daripada memerangi kamu, maka tawanlah dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemui mereka. Kerana merekalah orang-orang yang Kami berikan alasan yang jelas kepada kamu untuk bertindak memerangi mereka.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)