يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِذَا ضَرَبْتُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ فَتَبَيَّنُوْا وَلَا تَقُوْلُوْا لِمَنْ اَلْقٰىٓ اِلَيْكُمُ السَّلٰمَ لَسْتَ مُؤْمِنًاۚ تَبْتَغُوْنَ عَرَضَ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا ۖفَعِنْدَ اللّٰهِ مَغَانِمُ كَثِيْرَةٌ ۗ كَذٰلِكَ كُنْتُمْ مِّنْ قَبْلُ فَمَنَّ اللّٰهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُوْاۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرًا94
Wahai orang yang beriman! Apabila kamu pergi berperang di jalan Allah, maka hendaklah kamu selidik dengan teliti dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang menghulurkan salam perdamaian kepadamu, “Kamu bukan seorang Mukmin,” lalu kamu membunuhnya dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia, padahal di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitulah juga keadaanmu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmat-Nya kepadamu hingga dirimu terselamat. Maka selidiklah dengan teliti. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa sahaja yang kamu kerjakan.