Tafsir Surah

4An-Nisa' - النساۤء

Ayat ke-97

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِنَّ الَّذِيْنَ تَوَفّٰىهُمُ الْمَلٰۤىِٕكَةُ ظَالِمِيْٓ اَنْفُسِهِمْ قَالُوْا فِيْمَ كُنْتُمْ ۗ قَالُوْا كُنَّا مُسْتَضْعَفِيْنَ فِى الْاَرْضِۗ قَالُوْٓا اَلَمْ تَكُنْ اَرْضُ اللّٰهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوْا فِيْهَا ۗ فَاُولٰۤىِٕكَ مَأْوٰىهُمْ جَهَنَّمُ ۗ وَسَاۤءَتْ مَصِيْرًاۙ 97

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawa mereka oleh malaikat dalam keadaan mereka sedang menganiayai diri mereka sendiri kerana enggan berhijrah dari negara kafir ke negara Islam, mereka ditanya oleh malaikat, “Bagaimanakah keadaan kamu ini?” Lalu mereka menjawab, “Kami ialah golongan yang tertindas di bumi.” Tanya para malaikat lagi, “Bukankah bumi Allah begitu luas hingga kamu bebas berhijrah ke mana sahaja?” Maka buat golongan ini, tempat kediaman mereka ialah di Neraka Jahannam dan itulah seburukburuk tempat kembali.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)