اَلنَّارُ يُعْرَضُوْنَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَّعَشِيًّا ۚوَيَوْمَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ ۗ اَدْخِلُوْٓا اٰلَ فِرْعَوْنَ اَشَدَّ الْعَذَابِ46
Api neraka didedahkan ke atas mereka pada waktu pagi dan petang semasa di alam barzakh. Pada hari kiamat pula diperintahkan kepada malaikat, “Masukkanlah Firaun dan keluarganya ke dalam azab yang paling dahsyat.”