اَلَّذِيْنَ يَحْمِلُوْنَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهٗ يُسَبِّحُوْنَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُوْنَ بِهٖ وَيَسْتَغْفِرُوْنَ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوْاۚ رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَّعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِيْنَ تَابُوْا وَاتَّبَعُوْا سَبِيْلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيْمِ 7
Para malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhan mereka dan beriman kepada-Nya serta memohon keampunan bagi orang yang beriman dengan berkata, “Wahai Tuhan kami! Rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu. Oleh itu, kurniakanlah keampunan kepada orang yang bertaubat dan mengikuti agama-Mu serta lindungilah mereka daripada azab neraka.”