فَاَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوْا فِى الْاَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوْا مَنْ اَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۗ اَوَلَمْ يَرَوْا اَنَّ اللّٰهَ الَّذِيْ خَلَقَهُمْ هُوَ اَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۗ وَكَانُوْا بِاٰيٰتِنَا يَجْحَدُوْنَ15
Adapun kaum 'Ad, mereka telah berlagak angkuh di muka bumi tanpa alasan yang benar dan berkata, “Siapakah yang lebih kuat daripada kami?” Tidakkah mereka melihat bahawa Allah yang telah menciptakan mereka lebih besar kekuatan-Nya daripada mereka? Namun mereka tetap mengingkari ayat-ayat Kami.