وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُوْنَ اَنْ يَّشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَآ اَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُوْدُكُمْ وَلٰكِنْ ظَنَنْتُمْ اَنَّ اللّٰهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيْرًا مِّمَّا تَعْمَلُوْنَ22
Tidaklah kamu berselindung ketika melakukan dosa di dunia kerana bimbang persaksian pendengaran, penglihatan dan kulit kamu, tetapi hakikatnya kamu menyangka Allah tidak mengetahui kebanyakan perkara yang kamu lakukan.