Tafsir Surah

42Asy-Syura - الشورى

Ayat ke-13

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ شَرَعَ لَكُمْ مِّنَ الدِّيْنِ مَا وَصّٰى بِهٖ نُوْحًا وَّالَّذِيْٓ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهٖٓ اِبْرٰهِيْمَ وَمُوْسٰى وَعِيْسٰٓى اَنْ اَقِيْمُوا الدِّيْنَ وَلَا تَتَفَرَّقُوْا فِيْهِۗ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِيْنَ مَا تَدْعُوْهُمْ اِلَيْهِۗ اَللّٰهُ يَجْتَبِيْٓ اِلَيْهِ مَنْ يَّشَاۤءُ وَيَهْدِيْٓ اِلَيْهِ مَنْ يُّنِيْبُۗ13

Dia mensyariatkan agama kepada kamu semua sebagaimana yang telah Dia wasiatkan kepada Nabi Nuh dan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu. Begitu juga apa yang Kami telah wasiatkan kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Wasiat tersebut ialah, “Tegakkan agama dan jangan berpecah belah pada dasarnya.” Berat bagi orang-orang musyrik untuk menerima apa yang kamu dakwahkan kepada mereka. Allah memilih sesiapa yang Dia dikehendaki kepada agamaNya dan memberi hidayah kepada sesiapa yang kembali bertaubat kepadaNya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)