يَسْتَعْجِلُ بِهَا الَّذِيْنَ لَا يُؤْمِنُوْنَ بِهَاۚ وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مُشْفِقُوْنَ مِنْهَاۙ وَيَعْلَمُوْنَ اَنَّهَا الْحَقُّ ۗ اَلَآ اِنَّ الَّذِيْنَ يُمَارُوْنَ فِى السَّاعَةِ لَفِيْ ضَلٰلٍۢ بَعِيْدٍ 18
Orang-orang yang tidak beriman dengan hari kiamat meminta secara mengejek agar ia disegerakan. Orang yang beriman pula berasa takut menantinya dan mereka tahu bahawa hari kiamat itu adalah benar. Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka yang ragu-ragu tentang hari kiamat pasti berada dalam kesesatan yang jauh.