۞ وَلَوْ بَسَطَ اللّٰهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهٖ لَبَغَوْا فِى الْاَرْضِ وَلٰكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاۤءُ ۗاِنَّهٗ بِعِبَادِهٖ خَبِيْرٌۢ بَصِيْرٌ 27
Sekiranya Allah membentangkan rezeki seluas-luasnya, pasti mereka akan melakukan perkara yang melampaui batas di atas muka bumi ini. Oleh sebab itu, Dia menurunkan rezekinya mengikut kadaryang Diakehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya dan Maha Melihat keadaan hambahamba-Nya.