وَجَزٰۤؤُا سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا ۚفَمَنْ عَفَا وَاَصْلَحَ فَاَجْرُهٗ عَلَى اللّٰهِ ۗاِنَّهٗ لَا يُحِبُّ الظّٰلِمِيْنَ40
Balasan bagi suatu kejahatan ialah kejahatan yang serupa dengannya. Namun, sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik kepadanya maka ganjaran pahalanya dijamin oleh Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang zalim.