وَلَمَّا جَاۤءَ عِيْسٰى بِالْبَيِّنٰتِ قَالَ قَدْ جِئْتُكُمْ بِالْحِكْمَةِ وَلِاُبَيِّنَ لَكُمْ بَعْضَ الَّذِيْ تَخْتَلِفُوْنَ فِيْهِۚ فَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاَطِيْعُوْنِ 63
Apabila Nabi Isa datang dengan keterangan-keterangan yang jelas tentang kerasulannya, Baginda berkata, “Sesungguhnya aku datang kepada kamu semua bersama dengan membawa hikmat supaya aku dapat menerangkan kepada kamu sebahagian apa yang kamu perselisihkan. Justeru, bertakwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.”