وَاٰتَيْنٰهُمْ بَيِّنٰتٍ مِّنَ الْاَمْرِۚ فَمَا اخْتَلَفُوْٓا اِلَّا مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًاۢ بَيْنَهُمْ ۗاِنَّ رَبَّكَ يَقْضِيْ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ فِيْمَا كَانُوْا فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ17
Kami berikan mereka juga keterangan-keterangan yang jelas dalam urusan agama. Mereka tidak berselisih dalam perkara agama melainkan setelah ditegakkan hujah ke atas mereka. Perselisihan ini berlaku kerana hasad dengki antara mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan hukuman di antara mereka pada hari kiamat terhadap perkara yang mereka perselisihkan.