قُلْ اَرَءَيْتُمْ اِنْ كَانَ مِنْ عِنْدِ اللّٰهِ وَكَفَرْتُمْ بِهٖ وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنْۢ بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ عَلٰى مِثْلِهٖ فَاٰمَنَ وَاسْتَكْبَرْتُمْۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَ ࣖ 10
Katakanlah juga, “Bagaimana pendapatmu jika sebenarnya al-Quran ini datang daripada Allah, lalu kamu mengingkarinya; sedangkan ada seorang saksi daripada Bani Israel yang telah mengakui kebenaran kitab yang sama seperti al-Quran, maka dia beriman sedangkan kamu bersikap angkuh? Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada golongan yang zalim.”