Tafsir Surah

46Al-Ahqaf - الاحقاف

Ayat ke-15

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ اِحْسَانًا ۗحَمَلَتْهُ اُمُّهٗ كُرْهًا وَّوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۗوَحَمْلُهٗ وَفِصٰلُهٗ ثَلٰثُوْنَ شَهْرًا ۗحَتّٰىٓ اِذَا بَلَغَ اَشُدَّهٗ وَبَلَغَ اَرْبَعِيْنَ سَنَةًۙ قَالَ رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضٰىهُ وَاَصْلِحْ لِيْ فِيْ ذُرِّيَّتِيْۗ اِنِّيْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ 15

Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. lbunya telah mengandungkannya dan melahirkannya dengan susah payah. Tempoh mengandung berserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan, sehingga dia sampai ke peringkat dewasa dan memasuki usia empat puluh tahun, dia pun berdoa, “Wahai Tuhanku! Dorongkan daku supaya tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau kurniakannya kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, juga supaya aku tetap mengerjakan amalan soleh yang Engkau redhai. Kurniakanlah kepadaku kebaikan yang mengalir sampai kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku termasuk golongan yang menyerah diri kepada-Mu.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)